MOE mahu utamakan pemikiran kritikal, kreatif (Berita Harian)

MOE mahu utamakan pemikiran kritikal, kreatif (Berita Harian)

by Rakhma , at 19.01 , have 0 komentar
Mudah cetak
E-mel

12 Mei 2010

KOMENTAR

ISU BAHASA IBUNDA
MOE mahu utamakan pemikiran kritikal, kreatif

PADA pendapat saya, cadangan mengurangkan agregat bahasa ibunda dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) adalah satu dasar jangka panjang Kementerian Pendidikan (MOE) bagi memperuntuk lebih banyak masa pada mata pelajaran yang mengutamakan pemikiran kritikal, kreatif dan inovatif.

Ini tidak bermakna bahawa mata pelajaran Bahasa Ibunda tidak penting. Ia tetap penting, hanya kepentingannya dikurangkan.

Contohnya, mata pelajaran seperti lukisan, penulisan kreatif, pemikiran kritikal digalak bermula daripada peringkat tadika hingga posmenengah. Kanak-kanak di tadika sudah digalak berfikir dan berani mengeluarkan pendapat tanpa rasa takut.

Dalam mata pelajaran Matematik dan Sains, pelajar digalak menguji kaji teori-teori sains dan matematik dengan pendapat tepat diberi dua markah dan yang kurang tepat satu markah.

Ini semua satu dasar jangka panjang bagi mengubah sistem hafalan semata-mata, yang sungguh membosankan, kepada satu sistem yang lebih memberangsangkan pemikiran kritikal, kreatif dan inovatif bagi menyelesai masalah.

Ekonomi dan penakatan Singapura sejak dari dulu bergantung pada perdagangan antarabangsa. Kalau kita tidak dapat memikirkan cara-cara baru untuk membuat kerja lebih canggih daripada pesaing kita, kita akan ketinggalan.

Fesal Idris

Rakhma
MOE mahu utamakan pemikiran kritikal, kreatif (Berita Harian) - written by Rakhma , published at 19.01 . And have 0 komentar
No comment Add a comment
Cancel Reply
GetID
Copyright ©2013 Lukisan by
Theme designed by Dabloeng - Published by Template
Powered by Blogger
-->